Isnin, 27 Disember 2010

Pelupusan Buku Teks Dan Aktiviti

Alhamdulillah surat pelupusan buku teks dan buku aktiviti yang dihantar pada Januari 2009 telah diluluskan.
Berkurang sedikit buku di dalam bilik BOSS. Hari ini syarikat yang diberi kebenaran untuk mengambil buku telah datang. Agak kelam-kabut sedikit disebabkan hari ini mesyuarat guru dan kurikulum dijalankan.
Terima kasih kepada PK HEM En. Dzulka'ain, pekerja sekolah En. Saad, En. Rashid dan Kak Mira serta pelajar terlibat kerana membantu mengikat dan menyusun buku sebelum lori sampai.
Lori tiba pada pukul 12.30 tengah hari. Semua kerja selesai pada pukul 1.00 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan