Jumaat, 31 Disember 2010

Pendaftaran Tahun 1 Dan Orientasi

31 Disember 2010
9:00 pagi

Tahniah kepada ibu bapa yang sudi hadir bagi sesi pendaftaran dan orientasi murid tahun 1. 
Ibu bapa telah diberi taklimat oleh Guru Besar dan PK HEM









Rabu, 29 Disember 2010

Visi Dan Misi Baru 2011 - 2015


VISI


SEWAJA sebagai sekolah cemerlang 2015.


 MISI

Kepimpinan yang cekap dan telus.

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Menyemai penghayatan nilai-nilai murni.

Berketrampilan dalam kokurikulum.

Prasarana yang ceria,bermaklumat dan selamat.


 MOTO

ILMU JAMINAN HIDUP

Isnin, 27 Disember 2010

Pelupusan Buku Teks Dan Aktiviti

Alhamdulillah surat pelupusan buku teks dan buku aktiviti yang dihantar pada Januari 2009 telah diluluskan.
Berkurang sedikit buku di dalam bilik BOSS. Hari ini syarikat yang diberi kebenaran untuk mengambil buku telah datang. Agak kelam-kabut sedikit disebabkan hari ini mesyuarat guru dan kurikulum dijalankan.
Terima kasih kepada PK HEM En. Dzulka'ain, pekerja sekolah En. Saad, En. Rashid dan Kak Mira serta pelajar terlibat kerana membantu mengikat dan menyusun buku sebelum lori sampai.
Lori tiba pada pukul 12.30 tengah hari. Semua kerja selesai pada pukul 1.00 petang.

Ahad, 26 Disember 2010

Mesyuarat Guru dan Kurikulum 1

Mesyuarat Guru & Mesyuarat Kurikulum 1, 2011
27 Disember 2010
9.00 Pagi
Makmal Komputer





Sabtu, 20 November 2010

Jamuan Akhir Tahun Dan Cuti Persekolahan

Jamuan Akhir Tahun 2010
10.00 pagi
Kantin
Makanan ditaja oleh Pengurus Kantin


Aktiviti dikendalikan oleh Kelab Guru SK Hj. Wan Jaafar dan dipengerusikan oleh
Cik Salwani bt. Abdul Karim

1.  Ucapan Pengerusi
2.  Ucapan Guru Besar
3.  Penyampaian hadiah hari lahir dari bulan Jun hingga Disember
4.  Penyampaian hadiah kepada keluarga yang mendapat cahaya mata pada tahun ini
5.  Memotong kek hari lahir

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Isnin, 15 November 2010

Pengagihan Buku Teks Sesi 2011

15 November 2010
Mulai 11.30 pagi

Hari ini pengagihan buku teks telah dilaksanakan. Selain itu, hari ini juga merupakan hari ibu bapa menandatangani buku pelaporan anak-anak mereka. Pengagihan buku teks melibatkan murid tahun 1 hingga tahun 5. Ibu bapa perlu menandatangani borang SPBT G untuk membolehkan anak-anak mereka menerima buku teks.

Jumaat, 12 November 2010

Jejak Maklumat

Program Pusat Sumber Sekolah
Jejak Maklumat
12 November 2010
Pelajar Tahun 6


Dalam program jejak maklumat ini pelajar perlu menyelesaikan beberapa masalah yang terdapat di setiap stesen yang ditetapkan. Terdapat 5 buah stesen yang perlu dilalui oleh setiap kumpulan pelajar. Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli.

Stesen 1
Soalan Segmen
Soalan Semasa
Permaian
Makan ais krim
Klu Utama
Klu tempat

Stesen 2
Soalan Segmen
Soalan Semasa
Menyambung keratan akhbar
Klu Utama
Klu tempat


Stesen 3
Soalan Segmen
Soalan Semasa
Menyusun silang kertas 'puzzle'
Klu Utama
Klu tempat
Stesen 4
Soalan Segmen
Soalan Semasa
Pemikiran Kreatif
Klu Utama
Klu tempat

Stesen 5
Soalan Segmen
Soalan Semasa
Mencari maklumat dalam buku


Klu Utama - setiap kumpulan perlu menyimpan klu utama dan tidak boleh dibuka hingga tamat di stesen 5.
Klu Tempat - sebagai panduan atau bayangan tempat yang akan dituju seterusnya.

Tahniah kepada GPM Cik Salwani bt. Abdul Karim kerana berjaya merancang dan menjalankan program ini dengan jayanya.

Taklimat Pemberian Buku Teks 2011

Taklimat Pemberian Buku Teks 2011
12 November 2010
9:45 pagi
Bilik Gerakan


Kehadiran:
1.   En. Dzulka'ain bin Idris                                  -       PK HEM
2.   En. Umashankar a/l Nadarajah                      -       Guru Kelas 5 Bestari
3.   En. Wan Muhd Hurairah bin Wan Bakhri       -       Guru Kelas 5 Cemerlang
4.   Pn. Maznah bt. Mostapah                             -        Guru Kelas 4 Bestari
5.   En. Amiruddin bin Abu Hasan                       -        Guru Kelas 4 Cemerlang
6.   En. Ramli bin Rashid                                     -        Guru Kelas 3 Bestari
7.   Pn. Farah Hanim bt. Sulaiman                       -        Guru Kelas 3 Cemerlang
8.   Cik Hafizah bt. Husin                                    -        Guru Kelas 2 Bestari
9.   En. Abdul Hafiz bin Abdullah                        -        Guru Kelas 2 Cemerlang
10. En. Mohamad Sufian bin Zabidi                    -         Guru Kelas 1 Bestari
11. Pn. Che Rosni bt. Awang                             -         Guru Kelas 1 Cemerlang

Agenda perbincangan;
1.   Pengisian borang SPBT G
2.   Menyemak nama murid
3.   Minta ibu bapa atau penjaga tandatangan penerimaan buku
4.   Pastikan murid menulis nama dan membalut buku

Terima kasih diucapkan kepada semua guru kelas yang menghadirkan diri pada taklimat kali ini. Kerjasama anda amat diharapkan supaya proses pengagihan buku teks dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Khamis, 11 November 2010

Keputusan UPSR 2010

Keputusan UPSR yang ditunggu-tunggu telah pun keluar. Tahun ini tiada pelajar yang memperolehi 5 A dalam peperiksaan tersebut. Hanya 4 orang memperoleh 4A 1B. Secara keseluruhannya seramai 29 orang pelajar lulus semua mata pelajaran. Peratus yang dicapai ialah sebanyak 55%.

Pelajar yang mendapat 4A 1B ialah :

Nur Afiqah Hasanah bt. Mohd Rozlan
Mohd Haris bin Mohd Zain
Hasrul Nizam bin Tajri
Irwan Mustaqim bin Ahmed

Hari Anugerah Cemerlang

Hari Anugerah Cemerlang 2010
11 November 2010
8:00 Pagi
Kantin SEWAJA

Perasmian oleh;
YB Dato' Hamzah bin Zainuddin


Kehadiran ibu bapa penerima anugerah

Ucapan Pengerusi PIBG
En. Aziz bin Jamai

Ucapan Guru Besar
Pn. Zaharah bt. Sulaiman

Ucapan Perasmian
Tn. Hj. Faizol Arby bin Mohd Shohor
Setiausaha YB Dato' Hamzah bin Zainuddin

Majlis Graduasi Prasekolah

Persembahan Murid

Pendidikan Khas

Prasekolah


Rabu, 10 November 2010

Majlis Khatam Al-Quran

MAJLIS  KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH
10 NOVEMBER 2010
KANTIN SEWAJA

Majlis Khatam Al-Quran telah berjaya disempurnakan. Seramai 19 orang pelajar telah berjaya mengkhatam Al-Quran pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada ustaz dan ustazah serta guru yang membantu pelajar dalam membolehkan mereka mengkhatam Al-Quran pada usia yang muda.

Pelajar yang terlibat ialah:
1.   Muhd Naufal bin Mohd Kholil
2.   Muhd Safuan bin Husin
3.   Muhd Shazlin bin Mazeli Gohani
4.   Muhd Hariz bin Mohd Zain
5.   Mohd Al-Ifzal Wafiuddin bin Ismawi
6.   Mohd Amirul bin Zainuddin
7.   Mohd Hashim bin Mohd Zain
8.   Mohd Hafiz bin Zulkupli
9.   Nur Erna Farisha bt. Rashid
10. Nur Alia Umairah bt. Shaharizan
11. Ummi Naurah Juwani bt. Hassan Al-Shaari
12. Nabilah Zawani bt. Hushni
13. Syafiza Ardila bt. Mohd Sabri
14. Ana Fazwana bt. Ismail
15. Nur Anis Syamiza bt. Azlan
16. Fatin Athirah bt. Kamaruddin
17. Nur Fatehah bt. Kamarul Azli
18. Nor Saodah bt. Abdul Mutalib
19. Nur Maliyanah Qudwati bt. Zulkifli


Isnin, 8 November 2010

Kem Membaca 1 Malaysia

Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia telah disempurnakan oleh Pn. Zaharah bt. Sulaiman, Guru Besar SK Haji Wan Jaafar. Kem Membaca 1 Malaysia ini dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah.

Dipengerusikan oleh Cik Salwani bt Abdul Karim
Guru Penyelaras Media

Pelancaran dimulakan dengan paluan kompang


Guru Besar memotong riben dan merasmikan Kem Membaca 1 Malaysia


Aktiviti yang dijalankan pada hari ini.

Pertandingan Mewarna