Sabtu, 21 November 2009

SELAMAT BERCUTI

Selamat bercuti diucapkan kepada semua guru dan pelajar SEWAJA. Untuk murid, gunakan buku yg diberi dengan sebaik mungkin. Rajin-rajinlah membaca demi masa depan anda.

PEMBERIAN BUKU TEKS SESI 2010

20 NOVEMBER 2009
Mulai 10.30 pagi

Alhamdulillah, pemberian buku teks sesi 2010 berjalan dengan lancar. Semua pelajar yang hadir menerima buku teks untuk tahun 2010. Namun begitu, masih juga terdapat pelajar yang tidak hadir ke sekolah dan tiada wakil yang hadir untuk menerima buku teks. Pemberian buku teks sesi 2010 memerlukan tandatangan ibu bapa, penjaga atau wakil pelajar supaya mereka bertanggungjawab menjaga buku teks yang diberikan.

Rabu, 18 November 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN GRADUASI PRASEKOLAH 2009

Hari Anugerah Cemerlang & Graduasi Prasekolah 2009
SK Haji Wan Jaafar, Ijok, Batu Kurau
18 November 2009



Latar belakang Hari Anugerah


Guru yang bertugas sebagai pengacara majlis


Tetamu mula mengambil tempat duduk


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Faizan b. Ahmat


Ucapan Guru Besar SK Haji Wan Jaafar


Ucapan wakil PPD Tn. Haji Hassan b. Ali


Penyampaian sijil kepada pelajar Prasekolah

Persembahan murid yang mengambil bahagian pada tahun ini.

Selasa, 17 November 2009

Majlis Khatam AL-Quran


 
Gambar-gambar sepanjang program dijalankan..

Jumaat, 13 November 2009

Program Minggu Akhir Persekolahan 2009

Selasa, 17 November 2009
Majlis Khatam Al-Quran

Rabu, 18 November 2009
Hari Anugerah Cemerlang

Jumaat, 20 November 2009
Pemberian Buku Teks Sesi 2010

Khamis, 12 November 2009

Pertandingan Memasak Badan Beruniform

Hari ini SK Haji Wan Jaafar telah menjalankan satu aktiviti kokurikulum melibatkan semua badan beruniform sekolah iaitu TKRS, PBSM, Pengakap dan Puteri Islam. Pertandingan yang dimaksudkan ialah pertandingan memasak. Murid-murid dikehendaki menyediakan tiga jenis masakan iaitu roti lilit, telur bakar dan kentang bakar.

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid sekiranya berada dalam keadaan yang tidak lengkap seperti berada di hutan. Murid diajar cara menghidupkan api, menyediakan makanan dan memasak tanpa menggunakan peralatan moden serta menggunakan alternatif tertentu untuk meneruskan hidup.

Walaupun murid terdiri daripada golongan luar bandar, tetapi murid begitu lemah dalam melakukan aktiviti ini. Mungkin mereka tidak didedahkan dalam suasana kampung yang sebenar.

Antara gambar-gambar aktiviti yang sempat dirakam sepanjang program dijalankan.




Rabu, 11 November 2009

Pertandingan Mendirikan Khemah Dan Membina Gajet

Hari ini diadakan pertandingan mendirikan khemah dan membina gajet bagi badan beruniform SK Haji Wan Jaafar. Badan Beruniform yang terlibat ialah Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Puteri Islam.
Setiap Badan Beruniform menghantar 12 wakil. Enam daripada mereka akan terlibat dalam pertandingan mendirikan khemah dan enam lagi akan terlibat dalam pertandingan membina gajet. Pertandingan bermula pada pukul 12.00 tengahari dan berakhir pukul 1.00 petang. Sebelum pertandingan bermula semua peserta telah diberi taklimat ringkas berkaitan dengan pertandingan dan markah yang diberikan.



 

 

 


Isnin, 9 November 2009

Pengumpulan Semula Buku Teks sesi 2009

Alhamdulillah dah selesai juga mengumpul semula buku teks bagi sesi 2009. Walaupun ada juga murid yang menghilangkan buku teks, tetapi jumlah tersebut tidak terlalu banyak. Namun begitu buku yang hilang perlu diganti. Minggu ini minggu menghantar surat kepada ibu bapa murid yang menghilangkan buku teks. Mereka perlu menggantikan buku tersebut bagi kegunaan murid-murid tahun hadapan (2010).


Antara gambar-gambar buku yang telah dikumpul semula.

 

 

 

 

 


Sabtu, 24 Oktober 2009

Peperiksaan Akhir Tahun PKSR II / Kutipan Buku Teks

Tarikh PKSR II
27 Oktober - 30 Oktober 2009
( Selasa hingga Jumaat )

Kutipan Buku Teks
Tahun 6  ( 2 November 2009 ) Isnin
Tahun 1, 2 dan 3 ( 3 November 2009 ) Selasa
Tahun 4 dan 5 ( 5 November 2009 ) Khamis

Jumaat, 18 September 2009

Majlis Sumbangan Hari Raya

Majlis yang dirancangkan pada hari Jumaat telah diawalkan pada hari Khamis. Ini kerana hari Jumaat diumumkan cuti bagi sekolah dan pekerja di bawah Kementerian Pelajaran. Semua guru berkerjasama pada pagi Khamis untuk menyiapkan dewan dengan sebaik mungkin bagi menjayakan majlis ini. Ini ada beberapa gambar yang sempat diambil sempena majlis tersebut.

Isnin, 14 September 2009

Majlis Diambang Eidul Fitri

Majlis ini dirancang untuk memberi peluang kepada pelajar yang susah dan miskin untuk sama-sama bergembira di pagi Aidilfitri. Majlis ini akan diadakan seperti ketentuan berikut :

Ahad, 6 September 2009

UPSR Bermula

Hari Selasa bermulalah ujian sebenar bagi pelajar tahun 6. Semoga usaha dan pengorbanan mereka selama ini berbaloi dan berguna dalam menghadapi ujian ini.
Selamat Maju Jaya dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pada 4.09.2009 (Jumaat) telah diadakan Majlis Bacaan Yaasin
di Makmal Komputer Sewaja.




Sabtu, 29 Ogos 2009

MALAM LAILATUL-QADAR

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya:" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27. "
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. "

Petikan dari :
FIQH & Perundangan Islam Jilid II
Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://www.jais.gov.my/ramadhan/lailatulqadar.php

Khamis, 27 Ogos 2009

Guru SPBT

Gambar Bilik SPBT

Pintu BOSS
Almari
Buku Teks

Rak Buku

Ruang DalamBilik SPBT

Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI


PENGERUSI

PN. HJH ZAHARAH BT SULAIMAN

GURU BESAR


NAIB PENGERUSI

EN. DZULKA'AIN BIN IDRIS

PK HAL EHWAL MURID


SETIAUSAHA

EN. MOHD FADHIL BIN ISMAIL


AJK

EN. MOHAMAD SUFIAN BIN ZABIDI

EN. AMIRUDDIN BIN ABU HASAN

PN. SITI NAFSIAH BT. MD. SAID