Jumaat, 31 Disember 2010

Pendaftaran Tahun 1 Dan Orientasi

31 Disember 2010
9:00 pagi

Tahniah kepada ibu bapa yang sudi hadir bagi sesi pendaftaran dan orientasi murid tahun 1. 
Ibu bapa telah diberi taklimat oleh Guru Besar dan PK HEM









Rabu, 29 Disember 2010

Visi Dan Misi Baru 2011 - 2015


VISI


SEWAJA sebagai sekolah cemerlang 2015.


 MISI

Kepimpinan yang cekap dan telus.

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Menyemai penghayatan nilai-nilai murni.

Berketrampilan dalam kokurikulum.

Prasarana yang ceria,bermaklumat dan selamat.


 MOTO

ILMU JAMINAN HIDUP

Isnin, 27 Disember 2010

Pelupusan Buku Teks Dan Aktiviti

Alhamdulillah surat pelupusan buku teks dan buku aktiviti yang dihantar pada Januari 2009 telah diluluskan.
Berkurang sedikit buku di dalam bilik BOSS. Hari ini syarikat yang diberi kebenaran untuk mengambil buku telah datang. Agak kelam-kabut sedikit disebabkan hari ini mesyuarat guru dan kurikulum dijalankan.
Terima kasih kepada PK HEM En. Dzulka'ain, pekerja sekolah En. Saad, En. Rashid dan Kak Mira serta pelajar terlibat kerana membantu mengikat dan menyusun buku sebelum lori sampai.
Lori tiba pada pukul 12.30 tengah hari. Semua kerja selesai pada pukul 1.00 petang.

Ahad, 26 Disember 2010

Mesyuarat Guru dan Kurikulum 1

Mesyuarat Guru & Mesyuarat Kurikulum 1, 2011
27 Disember 2010
9.00 Pagi
Makmal Komputer