Sabtu, 21 November 2009

SELAMAT BERCUTI

Selamat bercuti diucapkan kepada semua guru dan pelajar SEWAJA. Untuk murid, gunakan buku yg diberi dengan sebaik mungkin. Rajin-rajinlah membaca demi masa depan anda.

PEMBERIAN BUKU TEKS SESI 2010

20 NOVEMBER 2009
Mulai 10.30 pagi

Alhamdulillah, pemberian buku teks sesi 2010 berjalan dengan lancar. Semua pelajar yang hadir menerima buku teks untuk tahun 2010. Namun begitu, masih juga terdapat pelajar yang tidak hadir ke sekolah dan tiada wakil yang hadir untuk menerima buku teks. Pemberian buku teks sesi 2010 memerlukan tandatangan ibu bapa, penjaga atau wakil pelajar supaya mereka bertanggungjawab menjaga buku teks yang diberikan.

Rabu, 18 November 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN GRADUASI PRASEKOLAH 2009

Hari Anugerah Cemerlang & Graduasi Prasekolah 2009
SK Haji Wan Jaafar, Ijok, Batu Kurau
18 November 2009



Latar belakang Hari Anugerah


Guru yang bertugas sebagai pengacara majlis


Tetamu mula mengambil tempat duduk


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Faizan b. Ahmat


Ucapan Guru Besar SK Haji Wan Jaafar


Ucapan wakil PPD Tn. Haji Hassan b. Ali


Penyampaian sijil kepada pelajar Prasekolah

Persembahan murid yang mengambil bahagian pada tahun ini.

Selasa, 17 November 2009

Majlis Khatam AL-Quran


 
Gambar-gambar sepanjang program dijalankan..

Jumaat, 13 November 2009

Program Minggu Akhir Persekolahan 2009

Selasa, 17 November 2009
Majlis Khatam Al-Quran

Rabu, 18 November 2009
Hari Anugerah Cemerlang

Jumaat, 20 November 2009
Pemberian Buku Teks Sesi 2010

Khamis, 12 November 2009

Pertandingan Memasak Badan Beruniform

Hari ini SK Haji Wan Jaafar telah menjalankan satu aktiviti kokurikulum melibatkan semua badan beruniform sekolah iaitu TKRS, PBSM, Pengakap dan Puteri Islam. Pertandingan yang dimaksudkan ialah pertandingan memasak. Murid-murid dikehendaki menyediakan tiga jenis masakan iaitu roti lilit, telur bakar dan kentang bakar.

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid sekiranya berada dalam keadaan yang tidak lengkap seperti berada di hutan. Murid diajar cara menghidupkan api, menyediakan makanan dan memasak tanpa menggunakan peralatan moden serta menggunakan alternatif tertentu untuk meneruskan hidup.

Walaupun murid terdiri daripada golongan luar bandar, tetapi murid begitu lemah dalam melakukan aktiviti ini. Mungkin mereka tidak didedahkan dalam suasana kampung yang sebenar.

Antara gambar-gambar aktiviti yang sempat dirakam sepanjang program dijalankan.




Rabu, 11 November 2009

Pertandingan Mendirikan Khemah Dan Membina Gajet

Hari ini diadakan pertandingan mendirikan khemah dan membina gajet bagi badan beruniform SK Haji Wan Jaafar. Badan Beruniform yang terlibat ialah Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Puteri Islam.
Setiap Badan Beruniform menghantar 12 wakil. Enam daripada mereka akan terlibat dalam pertandingan mendirikan khemah dan enam lagi akan terlibat dalam pertandingan membina gajet. Pertandingan bermula pada pukul 12.00 tengahari dan berakhir pukul 1.00 petang. Sebelum pertandingan bermula semua peserta telah diberi taklimat ringkas berkaitan dengan pertandingan dan markah yang diberikan.



 

 

 


Isnin, 9 November 2009

Pengumpulan Semula Buku Teks sesi 2009

Alhamdulillah dah selesai juga mengumpul semula buku teks bagi sesi 2009. Walaupun ada juga murid yang menghilangkan buku teks, tetapi jumlah tersebut tidak terlalu banyak. Namun begitu buku yang hilang perlu diganti. Minggu ini minggu menghantar surat kepada ibu bapa murid yang menghilangkan buku teks. Mereka perlu menggantikan buku tersebut bagi kegunaan murid-murid tahun hadapan (2010).


Antara gambar-gambar buku yang telah dikumpul semula.